Institut Aminuddin Baki, KPM (2017) Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 31/2017. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek.
![]() |
PDF
Download (3MB) |
Abstract
Penulisan hasil kajian penyelidikan dan perkongsiannya merupakan satu daripada teras utama dalam usaha mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan. Melalui penyelidikan yang dilaksanakan pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan baik. Data-data dan maklumat yang dikongsikan menyumbang kepada penyelesaian isu-isu yang timbul dalam pengurusan sesebuah organisasi khususnya pendidikan. Enam buah artikel yang diterbitkan dalam edisi 2017 ini menampilkan empat buah artikel yang disumbangkan oleh pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki, manakala satu artikel disumbangkan oleh penyelidik daripada SMK Penarek, Setiu, Terengganu dan satu lagi daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kesemua enam artikel membincangkan pelbagai aspek penyelidikan dalam isu pendidikan di Malaysia. Artikel pertama memuatkan maklumat tentang analisis pengesahan faktor model hipotesis kepimpinan instruksional maya pemimpin sekolah di Malaysia. Artikel kedua pula mengupas isu model bakat kepimpinan pemimpin sekolah di Malaysia. Artikel ketiga adalah artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk “Identifying and Interpreting The Servant Leadership Dimensions for Educational Leadership and Management”. Artikel seterusnya melaporkan tentang amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua serta hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor. Artikel kelima merumus dapatan penilaian kecekapan Program Institut Aminuddin Baki dengan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Artikel terakhir mengkaji Malaysian Educational Strategic Leadership Practice Inventory (MESLPI): Development and Evaluation of Its Psychometric Properties. Enam artikel ini diharap dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menangani isu-isu semasa di dalam organisasi masing-masing.
Item Type: | Other |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 17 May 2018 01:08 |
Last Modified: | 17 May 2018 01:08 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/759 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |