IAB Institutional Repository

PELAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN: MEMENUHI KEPERLUAN KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERPADUAN KAUM

Mohd lzham , Mohd Hamzah and Jamalullail , Abdul Wahab (2006) PELAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN: MEMENUHI KEPERLUAN KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERPADUAN KAUM. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 16 (02). pp. 1-12. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (532kB) | Preview

Abstract

Penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan integrasi kaum di peringkat umur muda iaitu di sekolah-sekolah rendah. Walaupun kini sudah terdapat beberapa buah Sekolah Wawasan di Malaysia sekarang ini; kewujudannya secara menyeluruh akan membolehkan pelajar-pelajar dari tiga aliran vernakular yang berbeza untuk berkenalan, berkomunikasi serta bergaul sejak di bangku sekolah bagi melahirkan generasi bangsa Malaysia yang toleran dan kuat. Terdapat kebimbangan, prasangka dan tanggapan negatif di kalangan masyarakat yang berlandaskan perkauman tentang semangat dan matlamat Sekolah Wawasan itu sendiri. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengupas peranan yang boleh dimainkan dari aspek pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari segi mengoptimumkan sumber di ketiga-tiga sekolah tersebut bagi menampung kepelbagaian pelajar. Sepertimana yang diketahui terdapat kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza di ketiga-tiga aliran tersebut. Segala kekuatan dan elemen-elemen positif di salah sebuah sekolah boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah yang lain dalam Sekolah Wawasan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sekolah wawasan; perpaduan kaum;integrasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 11 Mar 2013 01:11
Last Modified: 13 Mar 2013 01:50
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/77

Actions (login required)

View Item View Item