IAB Institutional Repository

MENINGKATKAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MELALUI PORTAL E-PEMBELAJARAN (eP)

Suliman, Melan and Md Rahaimi, Rashid@Yaacob and Nik Mohd Fakharuddin, Nik Ab. Rahman and Muhd Khairiltitov, Zainuddin and Jeffri, Idris (2015) MENINGKATKAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MELALUI PORTAL E-PEMBELAJARAN (eP). UNSPECIFIED.

[img] PDF
Download (1MB)

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penghasilan Kajian TIndakan dalam kalangan pemimpin sekolah yang mengikuti kursus Kajian TIndakan Pengurusan dan Kepimpinan melalui e-Pembelajaran. Seramai 16 orang pemimpin sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terlibat dalam kajian ini. Kursus Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan telah dijalankan pada 11 hingga 13 Mac 2014. Kaedah soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang penggunaan e-Pembelajaran Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dalam pelaksanaan Kajian Tindakan di sekolah dalam kalangan peserta kursus berkenaan. Kajian ini telah dilaksanakan selama enam bulan. Dua aktiviti e-Pembelajaran dilaksanakan bagi melihat hasil kajian ini. Aktiviti yang dinyatakan berjalan semasa kursus dan diikuti dengan selepas kursus. Semasa kursus taklimat berkaitan e-Pembelajaran, cara memuat naik bahan dan berinteraksi sesama rakan telah diterangkan. Manakala selepas kursus perbincangan antara pensyarah dan peserta kursus dijalankan dalam membantu pelaksanaan Kajian Tindakan di sekolah. Setelah dua bulan kursus berjalan kesemua 16 orang peserta kursus telah menghantar draf Kajian Tindakan untuk disemak oleh penyelidik. Kemudian 13 orang peserta kursus telah menghantar kertas cadangan Kajian Tindakan untuk di semak dan seterusnya hanya 10 orang peserta kursus yang telah menghantar laporan Kajian Tindakan sehingga bulan Ogos 2014. Walaupun tidak kesemua peserta kursus dapat menghantar laporan Kajian Tindakan seperti yang diharapkan, tetapi telah dimaklumi terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu pendekatan baru perlu dilakukan untuk mempromosi e-Pembelajaran Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dalam kalangan peserta kursus Kajian Tindakan bagi memastikan penulisan Kajian Tindakan dalam kalangan pemimpin sekolah dapat dilaksanakan.

Item Type: Research Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Institut Aminuddin Baki Caw. Utara
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 18 Jul 2018 07:17
Last Modified: 18 Jul 2018 07:17
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/779

Actions (login required)

View Item View Item