Wee, Hock Sen (1998) PENGARUH SOSIO-DEMOGRAFI TERHADAP SIKAP PEMILIHAN MATA PELAJARAN EKONOMI. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![]() |
PDF
- Submitted Version
Download (3MB) |
Abstract
Kesedaran ilmu ekonomi di kalangan rakyat Malaysia amat penting dalam membangun dan memuliharakan kedudukan ekonomi negara. Keadaan ini selaras dengan pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Kekurangan ilmu ekonomi akan memberi kesan negatif dalam usaha membangunkan rakyat dan memantapkan kedudukan ekonomi negara. Oleh itu, ilmu ekonomi seharusnya bermula di peringkat sekolah terutamanya di peringkat sekolah menengah. Kajian ini akan cuba menganalisa sejauh mana faktor sosio-demografi mempengaruhi sikap pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran ekonomi asas di tingkatan 4. Kajian ini meliputi jajahan Tanah Merah dan Machang, Negeri Kelantan. Objektif utama kajian ini ialah menyelidik perhubungan antara faktor-faktor demografi, sokongan ibu bapa, sosio-ekonomi ibu bapa, pengaruh guru, pengaruh rakan sebaya dan pencapaian akademik dengan sikap pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran ekonomi asas. Kajian ini telah dijalankan ke atas 253 orang pelajar tingkatan empat yang memilih mata pelajaran ekonomi asas di 10 buah sekolah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 58 soalan. Sementara kaeadah statistik digunakan dalam kajian ini ialah statistik kuantitatif, korelasi Pearson, `crosstabulation khi-kuasa dua, ANOVA, ujian-t dan analisis regrasi berganda. Hasil kajian menunjukkan menunjukkan faktor sokongan ibu bapa, pengaruh guru dan rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran ekonomi asas. Dapatan R2 baik and bersesuaian pada 57.7 %
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PENGARUH SOSIO-DEMOGRAFI TERHADAP SIKAP PEMILIHAN MATA PELAJARAN EKONOMI |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 28 Aug 2019 01:44 |
Last Modified: | 28 Aug 2019 01:44 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/799 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |