IAB Institutional Repository

Impak NPQEL Terhadap Kepemimpinan, Pembangunan Diri dan Organisasi

Abdullah, Dr. Jamelaa Bibi (2015) Impak NPQEL Terhadap Kepemimpinan, Pembangunan Diri dan Organisasi. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan pengetua dan guru besar yang telah menghadiri Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders) Mod Baharu berdasarkan sembilan aspek pengurusan dan tujuh aspek kepimpinan. Kajian memfokuskan impak NPQEL terhadap kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi pengetua dan guru besar lulusan NPQEL. Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan empat aras model Kirkpatrick (1994) iaitu reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Kajian akan berfokus kepada tiga elemen utama iaitu pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Bagi elemen pembelajaran aspek yang akan diukur adalah berkaitan kehadiran sesi bersemuka, e-Pembelajaran dan konsultasi. Elemen tingkah laku pula akan mengukur sembilan aspek amalan pengurusan dan tujuh aspek amalan kepimpinan. Manakala elemen hasil pula akan mengukur impak terhadap pembangunan diri dan organisasi. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah gabungan penjelasan explanatory (Creswell, 2008) yang mengutamakan pendekatan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan diikuti kualititatif (temu bual). Bagi kajian kuantitatif instrumen soal selidik sebanyak 165 item telah dibangunkan dan diubah suai daripada beberapa sumber iaitu Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Model Kepimpinan Sekolah Berimpak Tinggi (IAB, 2012) Revised National Standards for Headteachers in Wales (2006) dan Instrumen Standard Perubahan Dan Inovasi (Jainabee, 2012). Kajian ini akan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata bagi kajian kuantitatif dengan melibatkan seramai seramai 720 orang sampel kajian iaitu 217 pengetua sekolah menengah dan 503 guru besar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Bagi kajian kualitatif pula kaedah persampelan bertujuan digunakan melibat seramai 48 orang responden iaitu Pegawai PPD, Guru Penolong Kanan, Guru penolong dan Wakil PIBG dipilih untuk tringulasi dapatan kuantitaif yang mewakili enam zon di seluruh Malaysia. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, kekerapan, min, sisihan piawai) dan statistik inferensi (MANOVA sehala & Regresi pelbagai stepwise). Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program NPQEL yang telah diikuti telah memberi impak yang besar terhadap kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi

Item Type: Research Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 28 Aug 2019 01:51
Last Modified: 28 Aug 2019 01:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/884

Actions (login required)

View Item View Item