IAB Institutional Repository

Standard Keperibadian dan Amalan Pemimpin Pendidikan Berprestasi Tinggi 2018.

Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) Standard Keperibadian dan Amalan Pemimpin Pendidikan Berprestasi Tinggi 2018. Institut Aminuddin Baki. ISBN 978-967-0504-72-8

[img] PDF
Download (7MB)

Abstract

Penerbitan buku Standard Keperibadian dan Amalan Pemimpin Pendidikan BerprestasiTinggimerupakan satu usaha mendokumentasikan hasil kajian di Institut Aminuddin Baki.Penghasilan buku ini sebagaipanduan umum yang boleh diaplikasi oleh Pengetua dan Guru Besar (PGB)untuk menaraf tahap kepimpinan berprestasi tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Menjelang 2025, semua PGB di Malaysia telah mencapai tahap pemimpin berprestasi tinggi. Buku ini juga dapat dijadikan panduan oleh pemimpin pendidikan yang lain di sekolah sebagai senarai semak dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Penerbitan buku ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu, khususnya berhubung kriteria pemimpin berprestasi tinggi dalam kalangan PGB dan panduan kepada pelaksanaan kursus dan program pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB).Maklumat yang diketengahkan diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan pensyarah dalam bidang berkaitan. Hal ini seiring dengan hasrat IAB untuk memastikan setiap program mempunyai nilai tambah berdasarkan enam fungsi utama IAB iaitu latihan, konsultasi, penyelidikan, penerbitan atau penulisan, serta pentaksiran dan pasukan pemikir.

Item Type: Book
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 28 Aug 2019 03:07
Last Modified: 28 Aug 2019 03:07
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/896

Actions (login required)

View Item View Item