IAB Institutional Repository

KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: KAJIAN DI FELDA JENGKA, MARAN, PAHANG

Jamalullail, Abdul Wahab and Noraini, Abdullah and Norlelawati , Megat Rasidin and Shamsudin , Mohamad and Jafri, Abu (2009) KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: KAJIAN DI FELDA JENGKA, MARAN, PAHANG. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 19 (01). pp. 81-106. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan disiplin sekolah. Kajian ini juga melihat hubungan antara tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah. Selain itu, kajian ini mengkaji perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah berdasarkan jantina guru. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru (60 guru lelaki dan 60 guru perempuan) daripada empat buah sekolah menengah harian biasa di Felda Jengka di daerah Maran, Pahang. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru dan tahap amalan guru dalam pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah. Analisis Ujian-t mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman guru lelaki dan guru perempuan terhadap pengurusan disiplin sekolah. Tahap kefahaman guru lelaki terhadap pengurusan sekolah didapati lebih tinggi berbanding tahap kefahaman guru perempuan. Kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru lelaki dan guru perempuan dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pengurusan disiplin, kefahaman, amalan guru, felda jengka
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:56
Last Modified: 11 Mar 2013 00:56
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/92

Actions (login required)

View Item View Item