Roslan bin Yasnain, , and Mohd Khalid bin Mohamad Nasir, , (2019) AMALAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH BERSTATUS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DARI PERSPEKTIF GURU. Working Paper. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
![]() |
PDF
Download (140kB) |
Abstract
Pemimpin dalam institusi pendidikan mempunyai cabaran yang besar untuk menjadi peneraju bukan sahaja diperlukan untuk menguasai pelbagai teori kepimpinan, tetapi juga harus menerapkannya dalam institusi. Pada hari ini cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pendidikan bukan sekadar isu akademik sahaja bahkan meliputi persekitaran teknologi. Kepimpinan mempunyai hubungan yang positif dalam prestasi sesebuah organisasi dengan kesan yang signifikan dalam mempengaruhi individu dan organisasi mempercepat keberkesanan dalam pengunaan teknologi di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau terhadap amalan kepimpinan teknologi pengetua di Sekolah Berasrama Penuh berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi dari perspektif guru. Amalan kepimpinan teknologi pengetua dinilai menggunakan standard ISTE bagi pentadbir yang mempunyai lima standard. Kajian ini berbentuk kuantitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua iaitu dimensi kepimpinan berwawasan, budaya pembelajaran era digital, kecemerlangan amalan profesional, peningkatan sistematik dan warga digital. Data kuantitatif diperolehi daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang ditadbirkan kepada guru-guru sekolah yang terlibat. Hasil kajian mendapati keseluruhan standard yang dikaji menunjukkan amalan pengetua kepimpinan teknologi pengetua pada tahap yang tinggi kecuali standard kepimpinan berwawasan. Ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya pengetua telah mengamalkan kepimpinan teknologi yang berkesan.
Item Type: | Monograph (Working Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 13 Apr 2020 06:31 |
Last Modified: | 13 Apr 2020 06:31 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/969 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |