IAB Institutional Repository

PEMBELAJARAN DAN MEKANISME PENYELESAIAN MASALAH PENTADBIR SEKOLAH DALAM PROGRAM PENGURUSAN PENDIDIKAN: SATU KAJIAN KES

Suprammaniam, Sathiyabama (2010) PEMBELAJARAN DAN MEKANISME PENYELESAIAN MASALAH PENTADBIR SEKOLAH DALAM PROGRAM PENGURUSAN PENDIDIKAN: SATU KAJIAN KES. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 20 (01). pp. 17-32. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menyokong perspektif umum bahawa pentadbir sekolah yang mengikuti Program Pengurusan Pendidikan menghadapi pelbagai masalah disebabkan oleh keadaan kehidupan yang kompleks sebagai pelajar dan sebagai seorang dewasa yang mempunyai pelbagai tanggungjawab. Kajian ini mengkaji bukan sahaja bentuk masalah mereka tetapi juga bagaimana mereka menyelesaikan masalah pembelajaran ini dengan hasrat untuk menyediakan sokongan yang bermakna dalam profesion perguruan. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik yang telah diubah suai oleh penyelidik daripada hasil kajian Lucile Dass (2001). Sampel kajian dipilih daripada pentadbir sekolah yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) secara mod intensif di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seramai 92 orang sebagai responden. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara mekanisme-mekanisme penyelesaian masalah pentadbir sekolah dengan ciri demografi pentadbir sekolah yang dikaji.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pentadbir sekolah, Program Pengurusan Pendidikan,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:51
Last Modified: 11 Mar 2013 00:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/99

Actions (login required)

View Item View Item