IAB Institutional Repository

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR DENGAN KOMITMEN KERJA DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON TANJUNG KARANG

Elangkumaran, Davarajoo (2013) HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR DENGAN KOMITMEN KERJA DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON TANJUNG KARANG. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 133-168. ISSN 9789670504063

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan pengajaran Guru Besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah zon Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor. Kajian ini khusus untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan Guru Besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru-guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Alat ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan Guru Besar. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa yang hampir sama dengan nilai asal (0.92). Sebanyak 172 orang guru dari 9 buah sekolah telah dipilih untuk kajian ini. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, standard deviation dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, ANOVA sehala dan dua hala. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan dalam kepimpinan pengajaran guru besar mengikut kategori sekolah rendah SK, SJKC dan SJKC (p = 0.010). Berdasarkan kajian, didapati terdapat hubungan yang signifikan terhadap kepimpinan pengajaran dengan komitmen kerja guru (r = 0.339, p = 0.000) dan kepuasan kerja guru (r = 0.278, p = 0.000) di tiga jenis sekolah rendah (SK, SJKC dan SJKT). Berdasarkan hasil kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan bertujuan meningkatkan lagi amalan kepimpinan pengajaran guru besar, komitmen kerja dan kepuasan kerja guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Pengajaran, Komitmen Kerja, Kepuasan Kerja
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Feb 2015 08:44
Last Modified: 09 Feb 2015 08:44
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/432

Actions (login required)

View Item View Item