Siong Peng, Fan and Shamsuddin, Ahmad
(2014)
i-PENILAIAN MEMARTABATKAN KRADIBILITI PENSYARAH.
In:
PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, MALAYSIA.
ISBN 9789670504216
Abstract
Prestasi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah IPGKSM dinilai pada
setiap semester dengan menggunakan borang soal selidik Lam-PT05-04. Lazimnya, borang
berkenaan ditadbir dengan dua cara, iaitu pensyarah sendiri meminta pelajar mengisi
borang sewaktu beliau berada di dalam kelas atau ditadbir oleh ketua jabatan. Dengan
kedua-dua cara, hasilnya dianalisis sendiri oleh pensyarah. Ini menyebabkan rumusan hasil
analisis tidak menggambarkan kredibiliti pensyarah. Antara sebabnya adalah keputusan
lambat diperoleh, manipulasi keputusan, pemantauan pihak atasan sukar, dan tiada ruang
untuk penambahbaikan prestasi dari pihak pensyarah. Lantaran itu, i-penilaian dibina
secara atas talian dengan mempunyai ciri-ciri seperti log-in dengan kata laluan yang
dijana oleh pensyarah, memberi tempoh percubaan kepada pensyarah untuk memperbaiki
amalan PdP, mengurus data secara automasi seperti melihat data mentah, melihat data
dengan nilai min dan sisihan piawai yang diproses oleh komputer, melihat graf bar yang
menghubungkan min setiap item, melihat jawapan setiap peserta. Dengan adanya tempoh
percubaan, pensyarah dapat memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa. Selepas
tempoh percubaan, pensyarah boleh aktifkan soal selidik, ini membolehkan data penilaian
dapat dilihat oleh ketua jabatan dan pentadbir secara langsung. Keadaan ini bukan
sahaja membolehkan analisis dicetak untuk disimpankan dalam rekod jabatan, malah
juga dapat membantu pihak pengurusan menilai prestasi pensyarah dengan lebih efisien.
Walau bagaimanapun, i-penilaian masih perlu penambahbaikan, terutamanya dari aspek
Actions (login required)
 |
View Item |