IAB Institutional Repository

PROGRAM Do Something (DOS)

Othman, Zakaria (2015) PROGRAM Do Something (DOS). PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, 10. pp. 1-17.

[img] PDF
Download (8MB)

Abstract

Mengikut model Hallinger terdapat sebelas elemen yang perlu dilakukan oleh kepimpinan instruksional. Salah satu elemen dalam modul tersebut menekankan keperluan mengawal masa instruksional. Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran perlu ada di peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualti dilaksanakan adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Isu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasa yang sering berlaku hampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta ada juga yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan sebagainya yang menyebabkan perjalanan PdP di dalam kelas tergendala. Satu kaedah atau usaha yang berkesan dan tidak membebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya proses PdP tetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu tersebut. Kertas ini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebih berkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas, memudahkan pemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut dapat dilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini juga dapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengan tuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 bertajuk Penggunaan WaktuTidak Mengajar/Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidak hadir.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, PROGRAM Do Something (DOS)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Institut Aminuddin Baki Caw. Utara
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 23 Nov 2016 08:19
Last Modified: 23 Nov 2016 08:19
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/581

Actions (login required)

View Item View Item