IBRAHIM, ISHA (2014) PROJEK INOVASI OPEN BOOK TEST. PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 (10). pp. 18-34.
![]() |
PDF
Download (8MB) |
Abstract
Pengurusan kurikulum yang berkesan merupakan perkara pokok dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan pengendalian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan lancar ialah guru subjek mahupun guru ganti mesti masuk kelas dan pengajaran-pembelajaran berkesan. Justeru, guru mestilah memainkan peranan utama mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan pelajar melalui kepelbagaian pedagogi. Komitmen dan kerjasama semua guru amat diperlukan bagi memastikan kemenjadian pelajar dalam bidang akademik. Sumber tenaga guru yang komited, rajin dan berpengalaman yang dimiliki oleh sekolah harus diambil peluang oleh pentadbir untuk diguna pakai dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pencapaian KPI. Sebagai pentadbir sekolah, teras utama ialah memastikan pencapaian akademik terus meningkat sama ada dari segi peratus kelulusan keseluruhan mahupun gred purata sekolah (GPS). Walau bagaimanapun pengalaman mengurus dan memimpin sekolah, pentadbir tidak dapat mengelak dari isu ‘guru tiada di sekolah’ dan ‘guru tidak masuk kelas’ atas sebab-sebab urusan rasmi atau sengaja. Maka bagi mengatasi masalah ini, pelbagai program telah dirancang termasuk Open Book Test (Ujian Buka Buku) atau OBT.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, PROJEK INOVASI OPEN BOOK TEST |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Institut Aminuddin Baki Caw. Utara |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 23 Nov 2016 08:20 |
Last Modified: | 14 Mar 2017 04:16 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/582 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |