Abdullah, Mohd Yusof
(1997)
PERSEPSI GURU TERHADAP GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KAITANNYA DENGAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH GRED B DAERAH LIPIS, PAHANG.
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk melihat sama ada terdapat perkaitan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan bekerja mengikut persepsi guru. Perbandingan persepsi responden dibuat berdasarkan faktor jantina, kelayakan akademik, umur dan pengalaman mengajar. Seramai 71orang guru dari lima buah sekolah menengah gred B di daerah Lipis, Pahang, terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumput menggunakan soal selidik yang meliputi aspek berkaitan dengan gaya kepimpinan pengetua, iaitu (i) mengarah, (ii) menyokong, (iii) partisipatif, dan (iv) berorientasikan kejayaan dan tahap kepuasan bekerja. Bagi setiap aspek yang dikaji, responden diminta menyatakan tahap persepsi mereka dalam bentuk skala Likert 5 mata berasaskan item yang berkaitan dengan aspek berkenaan.Data kajian dianalisis berasaskan kaedah korelasi Pearson, ANOVA Satu Hala, Ujian-t, kekerapan, dan peratusan. Aras keyakinan 0.05 digunakan untuk membuat keputusan sama ada hipotesis nul ditolak atau gagal ditolak. Kajian ini mendapati bahawa korelasi antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan bekerja guru mengikut persepsi guru adalah sederhana. Namun demikian, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan penilaian gaya kepimpinan pengetua dan tahap kepuasan bekerja mengikut faktor jantina, kelayakan akademik, umur, dan pengalaman mengajar guru.
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Uncontrolled Keywords: |
PERSEPSI GURU TERHADAP GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KAITANNYA DENGAN TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH GRED B DAERAH LIPIS, PAHANG |
Subjects: |
L Education > L Education (General) |
Divisions: |
UNSPECIFIED |
Depositing User: |
pdsp 3
|
Date Deposited: |
06 Oct 2017 01:45 |
Last Modified: |
06 Oct 2017 01:45 |
URI: |
http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/664 |
Actions (login required)
 |
View Item |