IAB Institutional Repository

KEMAHIRAN KONSEPTUAL DALAM MENGHADAPI CABARAN PENDIDIKAN MASA KINI: PERSPEKTIF PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA

Shariffah Sebran Jamila , Syed Imam and Mohamed Sani , Ibrahim and Hairuddin , Mohd. Ali (2011) KEMAHIRAN KONSEPTUAL DALAM MENGHADAPI CABARAN PENDIDIKAN MASA KINI: PERSPEKTIF PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 22 (2). pp. 1-18. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF
Download (243kB) | Preview

Abstract

Pendidikan semakin berubah mengikut arus kemajuan teknologi dan globalisasi. Sehubungan dengan itu, perubahan dunia telah mencetuskan pelbagai cabaran dan kompleksiti dalam mengurus dan memimpin sekolah. Maka, kajian ini cuba meninjau tahap kemahiran konseptual dalam penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti pengetua dan guru besar novis dalam memimpin sekolah. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini dan data telah dianalisis dengan mengunakan kaedah analisis deskriptif, inferensi iaitu analisis MANOVA dan analisis Model Persamaan Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan pengetua dan guru besar novis mempunyai tahap konseptual dalam kemahiran penetapan visi dan misi pada tahap yang sangat tinggi. Manakala tahap kemahiran kreativiti hanya pada tahap tinggi sahaja. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran penetapan visi dan misi serta kreativiti berdasarkan latihan profesional. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran penetapan visi, misi dan kreativiti berdasarkan jantina. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif latihan profesional terhadap tahap kemahiran konseptual pengetua dan guru besar novis.Implikasi kajian menunjukkan latihan profesional mempengaruhi tahap kemahiran konseptual dalam penetapan visi, misi dan kreativiti pengetua dan guru besar novis dalam memimpin sekolah. Justeru,latihan yang holisitik amat penting dalam melahirkan pemimpin sekolah yang mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas, kreatif,inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi transformasi pendidikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendidikan, pengetua, guru besar novis, sekolah, kemahiran konseptual
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 04 Feb 2013 07:02
Last Modified: 12 Mar 2013 04:13
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/9

Actions (login required)

View Item View Item